TAMBANG ERL NAIK MENCANAK - JOM KITA MURAHKAN DIA DENGAN CARA BUDGET

Tips Nak murah Naik ERL Ke KLIA dari KL Sentral @ bandar Tasik Selatan mulai Januari 2016 :
1. Jangan Beli tiket perjalanan terus ke KLIA ke KLIA2
2. Guna KLIA Transit jangan guna KLIA Express
3. Transit 1 Stesen dah jimat lebih separuh dari nilai tambang perjalanan terus

Cara-cara nya:

Dari KL Sentral ke KLIA/KLIA 2
1. Beli Tiket KL Sentral ke Putrajaya/Salak Tinggi
2. Sampai stesen Putrajaya/Salak Tinggi keluar dan beli tiket baru (ada masa 20 minit waktu puncak dan 30 minit luar waktu puncak untuk tren berikutnya)
3. Beli Tiket ke KLIA/KLIA 2
Masa Perjalanan : KL Sentral ke Salak Tinggi 27 minit + 20/30minit + 9 / 12 minit ke KLIA/KLIA 2 so total masa perjalan akan bertambah hampir sekali ganda


Dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA/KLIA 2
1. Beli Tiket KL Sentral ke Putrajaya/Salak Tinggi
2. Sampai stesen Putrajaya/Salak Tinggi keluar dan beli tiket baru (ada masa 20 minit waktu puncak dan 30 minit luar waktu puncak untuk tren berikutnya)
3. Beli Tiket ke KLIA/KLIA 2
Masa Perjalanan : KL Sentral ke Salak Tinggi 20 minit + 20/30minit + 9 / 12 minit ke KLIA/KLIA 2 so total masa perjalan akan bertambah hampir sekali ganda


Kos Perjalanan :

KL Sentral - KLIA/KLIA 2
Tambang Lama : RM 35.00
Tambang Baru : RM 55.00
Perbezaan Tambang baru dan lama : RM 20.00
Masa Perjalanan : 36/39 Minit


Bandar Tasik Selatan - KLIA/KLIA 2
Tambang Lama : RM 26.50
Tambang Baru : RM 38.40
Perbezaan Tambang baru dan lama : RM 11.90
Masa Perjalanan : 29/32 Minit


Nak Jimat Punya Pasal :

KL Sentral - KLIA/KLIA 2 via Transit 1 stesen Salak Tinggi 

Tambang Lama :
RM 12.50 (KL Sentral -Salak Tinggi) + RM 3.20 (Salak tinggi - KLIA/KLIA2)= RM 15.70

Tambang Baru :
RM 18.30 (KL Sentral -Salak Tinggi) + 4.90 (Salak tinggi - KLIA/KLIA2) = RM 23.20
Perbezaan Tambang baru dan lama : RM 7.50

Masa Perjalanan :
(27 minit KL Sentral ke Salak Tinggi)+ (20/30 Minit keluar & beli tiket baru) + (9/12 minit ke KLIA/KLIA2) = (56/59 minit waktu puncak @ 1 jam 6 minit/1jam 9 minit luar waktu puncak)

Bandar Tasik Selatan - KLIA/KLIA 2 via Transit 1 stesen Salak Tinggi

Tambang Lama :
RM 8.30 (Bandar Tasik Selatan - Salak Tinggi) + RM 3.20 (Salak tinggi - KLIA/KLIA2) = RM 11.50

Tambang Baru :
RM 12.40 (Bandar Tasik Selatan - Salak Tinggi) + 4.90 (Salak tinggi - KLIA/KLIA2) = RM 17.30

Perbezaan Tambang baru dan lama : RM 5.80

Masa Perjalanan :
(20 minit Bandar Tasik Selatan ke Salak Tinggi)+ (20/30 Minit keluar & beli tiket baru) + (9/12 minit ke KLIA/KLIA2) = (49/52 minit waktu puncak @ 59 minit/1jam 2 minit luar waktu puncak)

So kira ok la kan dari nak mengadap jalan jem. Cuma penat sikit la nak menapak turun naik eskalator ngan tangga kat stesen transit.

*** kalau salah kira tu betulkan la sendiri.... Selamat Mencuba Membudgetkan tambang ke KLIA guna ERL hari ni.... nak murah lagi naik bas...kihkihkihkhkih...... Schone Manner :)


Aku sejak dulu lagi, dari zaman bujang sampai sekarang... selalu buat macam neh sebab nak jimat. 

Lagipun naik ni masa dia sampai dia tepat dan rasa santai berbanding dengan naik bas, rasa cam kelam kabut skit.

Comments

Popular posts from this blog

LC Semput Tak leh Laju... X der pick up

MINYAK HITAM LC - NASA & ELF PUNYER CITER

Servis/Penyelenggaraan Modenas Pulsar NS 200