Posts

Servis/Penyelenggaraan Modenas Pulsar NS 200

 As-salam Tuk kali ni sambung bab pengenalan ari tu.... Soalan pertama dan carian saya dulu nak beli NS200 neh ngan motor2 pilihan yang lain adalah penyelenggaraan Antara persolan nye adalah berikut 1. Servis setiap berapa ribu KM? - first servis - 500 KM - 2nd Servis - 5,000 KM - 3rd dan berikutnya setiap 5,000 KM yang lain ikut lebih kurang cam keter, major servis setiap 20,000 KM 2.  Kos? - Dia guna minyak enjin  - 1.2 Liter - kadar kelikatan 15/50 atau 20/50  kalau kat pusat servis dia standard jer aritu saya tukar kat modenas powerstore Minyak ngan filter  RM 65.00 upah free pasal first services. 3. Tayar  depan  100/80 R 17 - RM 190.00 belakang 130/70 R 17 - 230.00 yang lain -lain nanti saya update bila sampai masa saya dah servis erk.  ok yang first service, elok tukar coolant sekali sebab banyak review yang kata coolant diorang berkeladak. so saya dah buat. Buat masa ni tu jer la dulu nanti sambung lagi

MODENAS PULSAR NS 200 - Intro Harga

Lama plak senyap sebab busy macam2 hal... so untuk kali ni saya share pasal motor lagi. Cuma Intro jer la skit Memandangkan motor LC dah dekat 5 Tahun. So otak ligat nak buat hutang motor lagi.  Banyak dah motor dok usha2 kot2 berkenan. Bila tanya kedai jer semua kata Yamaha, Honda. Hati dok berangan nak 250cc.  Puas la join group sana sini. Antaranya 1. Versys X 250 - dah berkenan tapi tanya bab servis tak der yang bagi jawapan yang standard. RM 23k+/- 2. Ninja 250 - pun sama - RM 23k +/- 3. Yamaha R15 - habis hati design lawa, harga pun ok la servis setiap 3k (ni masalah skit sebab jawapan tanya ada macam2) tapi ok la gak.   dan beberapa jenama lagi. Join gak group Modenas Pulsar kat FB  Pulsar ni plak ada 2 jenis  1. satu ala-ala racing rupanya ngan lampu projector RS 200 2. Naked style - NS 200 survey kedai harga macam2. tapi range RM 9.6k - RM  10.8k.  spec leh usha kat modenas punya website  https://modenas.my so bila kira2 cam ambik pe...

DAFTAR SEKOLAH ANAK BAGI TAHUN 1

Bila anak yang pertama nak masuk darjah satu, baru la kelam kabut nak cari cam ner nak daftar sekolah.  Memang jenuh gak la mencari dan bertanya. Tapi kadang2 pertanyaan tak dapat jawapan yang tepat... lagi la haru...... Kebiasaannya pendaftaran sebelum bulan mei setiap tahun. Permohonan secara online kat link di bawah https://public.moe.gov.my/ dah mohon secara online. Print, lepas tu hantar satu salinan kat sekolah yang dimohon.  Masa nak hantar salinan tu kebiasaan nya kena sertakan dokumen berikut dan disahkan oleh pegawai kumpalan A kerajaan. 1. Salinan surat beranak - anak yang didaftarkan tuk sekolah tahun 1 2. Salinan kad pengenalan bapa 3. Salinan kad pengenalan ibu 4. Surat Pengesahan majikan / Slip  gaji (kalau tak silap) tapi kat surat yang print tu nanti dia ada tulis gak. satu lagi kena sediakan sampul surat dan setem beralamat sendiri. Nanti sekolah nak pos surat panggilan tuk orientasi atau pendaftaran. settle tuk part 1. Part 2 dia pla...

LC Semput Tak leh Laju... X der pick up

Memandangkan motor LC saya pun dah dekat 4 tahun,  ada satu penyakit yang saya dah kena 2 kali.  Mula-mula dulu masa motor mileage baru +/- 40K, lagi sekali kena time mileage +/-90K. Motor mula-mula tak der pick up, makin hari makin lemau sampaikan penyudahnya dia boleh pergi dalam 20-40km/h jer lajunyer. Mula-mula tu seriau gak la sebab tak tau sebab apa. sib baik ada member tolong check. Rupa-rupanya getah vacum kat dalam caburator diaframe (lebih kurang gitu la katanya) dah koyak.  Tukar jer getah tu yang ori baru ni tukar kena la RM 80.00.  Baru la normal balik Simptom dia: Motor tak bleh laju Start ok jer cam biasa Enjin pun tak mati. Tu jer nak share Cuma punca utama sebelum terjadi tu, Air filter tersumbat lambat tukar, bawak laju main paksa motor. Ending dia kuar $$$$

SEKOLAH

As-salam Lama sungguh tak update blog sebab sibuk. Anak-anak dah membesar.... kejap jer masa berjalan.  Sekarang dah nak masuk darjah 2 dan sorang lagi nak masuk Tadika 6 Tahun. Dulu masa belajar part time buat degree, ada la member yang mengeluh kata jenuh nak bayar yuran anak.  Nak dekat RM 2K.  Masa tu belum kawin n tak der anak so tak tau la sangat. Cuma cam pelik giler apa yang mahal sangat yuran sekolah... rupa-rupa nyer..... Memang mahal giler  sebenarnya yuran tadika anak-anak. Tapi tu kalau nak yang terbaik la.... Yuran sekolah kerajaan pun murah jer. Tak semestinya bayar mahal tu terbaik. Tadika Kerajaan pun banyak yang bagus-bagus. Tengok lokasi dan juga anak kita punyer penerimaan.   Tapi bila hujung tahun semua akan sibuk uruskan persekolahan anak. Bab cam ner nak daftar sekolah anak dan yang seangkatan dengannya tu nanti kita citer kat next post. Lama tak karang ayat.... dah tepu rupernye. TQ

Uber...

skang ni tengah hangat diperkatakan tentang perkhidmatan uber dan grab kat malaysia.  so kita tengok apa kebaikan dan keburukan uber dan grab neh. kebaikan: 1. harga lebih murah dan telus berbanding dengan teksi.     murah...yup pasal struktur harga starting dia memang murah dari teksi. 2. semua lebih telus - malah laluan yang perlu digunakan pun ikut waze atau google map. so tak leh nak tipu la. 3. keselamatan - pengguna dan driver 22 kena daftar secara online. 4. bayaran boleh guna cash dan bank. 5.  driver tak yah nak pusing2 dan buang minyak tunggu penumpang keburukan: 1. akan menyebabkan pengurangan permintaan terhadap teksi. 2. produk life cycle tuk teksi meningkat. dulu masa dalam kelas ekonomi tak pernah terbayangkan akan produl life cycle ini exist even dalam kelas tu pensyarah aku dah cakap tentang ni dah dah tengok contoh cam telegram, pager dan banyak lagi dah berlaku. tapi skang dah nampak memang teori tersebut relevent dan wujud. ...

MINYAK HITAM LC - NASA & ELF PUNYER CITER

Dari beli motor sampai sekarang - Motor LC aku pakai minyak hitam jenama NASA semi sintetik GD11. So member ofis pun yang biasa pakai motol pun last-last dia pun beralih ke minyak NASA yang sama aku pakai. So far feedback dia bagus sal enjin LC dia lancar katanya.  Siap keter MYVI dia pun dia test pakai minyak NASA semi sintetik 0-30w.  Wife dia siap tanya ader repair keter ker sal enjin jadi pick up dan smooth. Tapi memang rasa pakai minyak jenama nasa ni memang sedap. harga pun tak berapa mahal. cuma masalah aku nak cari kedai yang ada minyak NASA ni memang payah skit nak jumpa. keter aku plak minggu lepas baru first time buat servis kat luar. So fist time gak la aku test minyak semi sintetik selain dari petronas. Aku try minyak Hitam ELF semi sintetik 5-30W.  so far dah 1000km rasa bagus, smooth dan enjin gak pick up. Tapi ari tu aku pakai oil filter ngan drain gasket beli kat proton. Beli minyak hitam dapat pelapik gelas ngan key chain jenama ELF. kira ok la ka...